Speaker penjawat awam?

Apakah justifikasi yang digunakan sesetengah pihak yang mengatakan Speaker adalah penjawat awam? Adalah tidak munasabah mengatakan bahawa Speaker adalah penjawat awam kerana jika itu adalah pandangan mereka, maka bukankah menteri juga penjawat awam? Perlu diingatkan, menteri bukanlah kedudukan tertinggi dalam hieraki penjawat awam..menteri tidak termasuk dalam kategori penjawat awam..kedudukan atau "pangkat" tertinggi dalam kerajaan adalah KSN (ketua setiausaha negara) dan di negeri, KSU (ketua setiausaha negeri)..menteri tidak boleh berada lebih tinggi daripada KSN..PM adalah kategori eksekutif..yang dipilih melalui pilihanraya..mana mungkin anda dapat menjadi penjawat awam hanya kerana anda dipilih melalui pilihanraya..kalau macam tu, ubah sistem temuduga untuk mengambil penjawat awam melalui pilihanraya..bukankah penjawat awam perlu dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam? mengapa SPA tidak sahaja melantik Speaker? Perkhidmatan Awam dan Perkhidmatan Awam ditafsirkan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara (132) ialah :
1)Perkhidmatan Awam Persekutuan
2)Perkhidmatan Badan Berkanun
3)Angkatan Tentera Malaysia
4)Polis Diraja Malaysia5
5)Perkhidmatan Pendidikan
- jelas menunjukkan ahli parlimen atau ADUN termasuk dalam senarai ini..apakah senario yang cuba dicetuskan oleh "kerajaan" biru hari ini?

0 comments:

Post a Comment