Bosan dengan media di Malaysia.

Adoi..hari-hari tengok surat khabar, asyik dok hentam PKR aje bila pilihan raya penanti dah makin dekat ni..aku tertanya-tanya la..BN umumkan mereka tak bertanding untuk pilihan raya kat Penanti ni, tapi apa masalah diorang nak buruk-burukan jugak parti PKR? kenapa mereka nak kena buat semua tu? mereka bukan terlibat pun dalam pilihan raya ni...ni memang tak lain tak bukan, mereka ada disebalik calon-calon "bebas" tu...haih BN...apa lah nak jadi...

yang ni- latest

Untuk jerd.. ASUS 9800GX2 aku yang lama..


besar giler sampai x muat casing aku..haha..tapi dh jual ar..sayang...

Desktop ku sangat best dengan kehadiran BFG 8800 Ultra...wee~




Desktop aku makin best...baru trade in BFG nVidia 8800 Ultra..haha..best giler..
Tengok comparison saiz Sapphire HD4830 dan BFG nVidia 8800 Ultra..huihh..walaupun 8800 Ultra agak lama (model 08 atau 07 kalau tak silap) berbanding Sapphire HD4830, tetapi performance 8800 Ultra memang mudah menewaskan Sapphire HD4830. Kenapa aku cakap macam tu? Berdasarkan comparison yang dibuat..

BFG nVidia 8800 Ultra Spec :


GPU : G80
Test Clock Speed : GPU/RAM : 630MHz/1110MHz
Stock Speed : 610MHz/1050MHz
RAM Buffer : 768MB DDR3
Bus width : 384 bit
Driver : WHQL 185.85

Sapphire ATI Radeon HD4830 (Overclocked) Spec :


GPU : RV770
Test Clock Speed : 680MHz/970MHz
Stock Speed : 575MHz/900MHz
RAM Buffer : 512MB DDR3
Bus width : 256bit
Driver : Catalyst 9.4

~~ 3DMark06 Scores ~~

BFG nVidia 8800 Ultra : 12194 points
Sapphire ATI Radeon HD4830 : 10343 points

~~ Test bed desktop aku ~~

CPU : Intel Core 2 Duo E7200 @ 3.4GHz on stock cooler
Mobo : Biostar T-Power I45
RAM : 2x1GB Corsair XMS2 DDR2 @ 840Mhz 5-5-5-18
Power Supply Unit : Corsair TX650W
Operating System : Windows Vista Ultimate SP1

So, berdasarkan test yang dibuat 3DMark06, BFG 8800 Ultra mengalahkan Sapphire HD4830 dengan 2000 points. kat sini leh nampak walaupun BFG 8800 Ultra agak "tua" berbanding Sapphire HD4830, tapi in term of performance, mmg Sapphire HD4830 kalah teruk berbanding BFG 8800 Ultra..so tak bermakna teknologi baru best sangat..walla~

My very own Chocolate Frappuccino Mocha Latte =)


hehe..at last I did it..my very own and perhaps the most delicious Chocolate Frappuccino Mocha Latte..erm..waa..dulu dah banyak kali buat, try macam-macam recipe..but this time, I dapat formula baru..so I buat aje...and guess what..walla~

Pemuda buta huruf mengajar...

Hidup di dunia yang serba canggih dan moden ini, tidak mungkin kita mampu mengharunginya tanpa ilmu yang penuh di dada, bahkan kita mungkin mengeji orang yang tidak berpendidikan. Namun, jangan sesekali kita mengeji orang yang tidak berpendidikan kerana itu adalah satu perbuatan yang boleh dikatakan sebagai kufur nikmat...

Pada suatu masa dahulu, seorang pemuda yang buta huruf sudah membuktikan bahawa menjadi buta huruf bukanlah penghalang untuk beliau menjadi berjaya. Beliau berjaya mengubah dunia, beliau berjaya menyatukan manusia, beliau berjaya menyucikan manusia..Beliau adalah, tidak lain dan tidak bukan Rasulullah S.A.W kita yang tercinta.

Namun, Nabi Muhammad S.A.W tidak mampu berjaya hanya kerana kebolehannya semata-mata. Di dalam surah Al-Jumaah ayat 2, ayat ini mengatakan Nabi Muhammad, seorang yang buta huruf dapat menyucikan, membacakan ayat-ayat al-quran dan mengajar manusia tentang perihal al-quran. Bagaimana seorang yang buta huruf mampu melakukan semua ini? salah satu jawapannya adalah Iqra, iaitu membaca..dan yang paling penting, adalah menjaga hubungannya dengan Allah S.W.T. Tanpa bantuan Allah, insan semulia Nabi Muahmmad S.A.W pun tidak mampu berjaya.

Maka, disini saya ingin menegaskan,betapa pentingnya menjaga hubungan dengan Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Kita jangan sesekali lupa bahawa Allah mampu melakukan apa yang dia mahu. Jangan ingat jika kita kaya dan hidup dalam kemewahan, kita akan kekal selama-lamanya seperti itu. Bagi yang kurang bernasib baik, jika anda sentiasa hidup diselubungi kemiskinan dan kesusahan, jangan gusar kerana anda tidak mungkin akan berada dalam keadaan sedemikian selama-lamanya. Apa yang penting...kerjasama...eh..tu wonderpets punya tagline..haha...yang penting, kita berusaha..dan menjaga hubungan kita dengan Allah...

p/s... saya buat post ni sambil tengok practice drama Cendra..so ada salah apa-apa..minta maaf la.. =)

lame joke..

Tag line filem Bohsia adalah "jangan pilih jalan hitam"....bukankan semua rakyat Malaysia sangat sukakan jalan hitam, hampir setiap hari, rakyat Malaysia memilih jalan hitam sebagai permulaan hari mereka..sangat membimbangkan kerana jika silap jalan hitam yang dipilih..pasti mereka akan memperjudikan nyawa mereka, malahan ada yang kehilangan nyawa kerana memilih jalan hitam ini....kenapa mereka mesti memilih jalan hitam? kenapa?.......kenapa tak pilih aje jalan tanah merah..kenapa tak pilih aje jalan batu kerikil....kenapa mereka mesti memilah jalan hitam a.k.a jalan tar (asphalt) ? haha =p

bizzare food...



Semalam saya di Terengganu, pulang ke sana sehari sahaja kerana melawat mak cik saya yang sakit..tapi dia sihat aje sebenarnya..haha...anyway, anda mesti tertanya-tanya apa benda dalam gambar di tu? saya pun tak tahu nama sebenar dia tapi menurut pak cik yang menangkap siput-siput ini..mereka menggelarnya siput karang..common gila nama...haha..tapi bentuk siput ini memang nampak macam batu karang kan..dan memang ada sedikit tumbuhan laut di atas cengkerang siput ini..siput ni masih hidup ketika saya ambil gambar ini..pak cik tu cakap siput ni sedap dimakan...hish..serius geli tau..siput ni saiz dia lebih kurang sebesar tapak tangan saya (besar mana la agaknya)...haha...and boleh bayangkan anda makan siput ini?

Anda benci doktor, lebih-lebih lagi doktor kerajaan? baca ini..

Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan.com.my

PENDEDAHAN berhubung isu penemuan dua doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) 'mencuri tulang' oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan sedangkan lebih 20 orang pesakit masih menunggu dalam kesakitan - memang menghangat.

Susulannya, pelbagai pihak lain turut mendedahkan versi pengalaman dengan doktor di hospital kerajaan. Semua doktor hospital kerajaan telah dicemuh oleh masyarakat.

Tetapi akhirnya lain pula cerita sebenarnya. Dua doktor yang dituduh curi tulang itu sebenarnya doktor pelatih yang baru habis bertugas sejak hari sebelumnya. Bilangan pesakit yang menunggu hanya lapan orang (selebihnya ahli keluarga yang menunggu).

Inilah bahana apabila membuat tuduhan tanpa usul periksa. Tidak rasa sedih dan terhinakah doktor dituduh sedemikian. Sedangkan kita tahu mereka bertugas dengan dedikasi, merawat pesakit berbilang kaum tanpa jemu, bekerja siang mahupun malam tanpa hirau penat dan lesu - tiba-tiba dituduh secara melulu sedemikian!

Jika ada pun doktor yang bersikap 'curi tulang' jangan dibuat andaian semua doktor begitu. Tempias nama buruk terpalit kepada institusi hospital kerajaan.

Pada hakikatnya ramai doktor masih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Sebagai rakyat Malaysia, mungkin kita pernah menjadi pesakit di hospital mahupun di klinik-klinik kerajaan.

Soal menunggu lama adalah lumrah kerana kita maklum jumlah pesakit yang ramai. Cuma sikap sewaktu memeriksa pesakit perlu dilakukan dengan penuh dedikasi - bukan menunjukkan reaksi kurang selesa dan kurang berminat untuk merawat pesakit.

Pun begitu, kita percaya masih ramai doktor yang komited dengan tugas mereka. Mungkin hanya satu dua orang sahaja yang tidak beretika dan sanggup mencalitkan lumpur kepada nama baik hospital.

Doktor dan pembantunya, jururawat telah diberi kursus dalam membentuk etika yang baik sewaktu bertugas. Mereka tahu cara untuk berhadapan dengan jumlah pesakit yang terlalu ramai termasuk melayan pelbagai kerenah pesakit.

Petugas di hospital kerajaan harus memberi layanan terbaik kepada setiap orang tanpa mengira status dan kedudukan. Jangan kerana pesakit terdiri dari golongan kurang mampu dan ditempatkan di kelas kedua atau ketiga, mereka dilayan bagai orang yang tiada perasaan - diherdik dan ditengking sesuka hati.

Profesion doktor cukup mulia. Tetapi naluri manusia sentiasa mahu dilayan dengan cepat dan tidak sabar jika terpaksa menunggu lama.

Perkara ini dilalui oleh para doktor. Bilangan doktor tidak pernah bertambah. Seorang rakan yang memilih bidang ini pernah meluahkan 'tidak ada masa yang cukup' untuk mereka.

Ada masa mereka terlepas waktu makan tengah hari. Kalau mahu ke tandas pun perlu bergilir-gilir. Perkara-perkara seumpama itu adalah biasa bagi seseorang doktor.

Namun, kita belum lagi mendengar doktor menjerit marah kerana kepenatan. Belum pernah kita lihat mereka memberontak dan mogok tidak mahu merawat pesakit.

Kita pun tidak pernah melihat para doktor berpiket menuntut hak mereka. Tak dengar oun mereka meminta dihargai. Sebaliknya mereka terus bekerja penuh dedikasi siang dan malam tanpa jemu merawat pesakit.

Sebenarnya tidak ramai antara kita sedar bahawa waktu bila doktor bekerja. Mereka memulakan tugas sebelum pukul 8 pagi, dan jika on call kena bertugas hingga 36 jam.

Banyak masa mereka korbankan untuk pesakit daripada bersama di sisi ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak.

Mereka tidak pernah merungut tentang gaji. Tidak ada siapa antara kita yang serius memikirkan soal menjaga kebajikan doktor.

Sekarang, amat jarang pesakit atau waris pesakit yang mengucapkan 'terima kasih' kepada doktor. Sebaliknya ada pesakit yang berani menghentak fail ke atas kepala doktor semata-mata kerana tidak diberi cuti sakit.

Tetapi doktor hanya diam, senyum dan meneruskan kerja. Bukanlah bermakna mereka tiada perasaan. Sebaliknya mereka dididik dan dipesan untuk bersabar dengan semua kerenah pesakit.

Jangan kerana desakan sesetengah pihak berkepentingan tertentu, mereka ini dijadikan mangsa dan bekerja dalam tekanan. Kelak ia hanya mendatangkan masalah kepada diri doktor, keluarga dan pesakitnya.

Mulai hari ini dan mengambil semangat baru sempena Hari Pekerja semalam, eloklah kita ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih kepada setiap doktor yang merawat kita.

p/s-jangan banding hospital kerajaan dengan swasta..kakitangan hospital "perlu jadi mesra" kerana mereka berniaga..so nak taknak...diorang terpaksa jaga perangai mereka..hspital kerajaan berbeza, lambakan pesakit, macam2 ragam..uneducated punya perangai memang banyak...so sebagai manusia biasa, mereka mmg akan mudah hilang pertimbangan..swasta pun sama juga kadang2..tapi mmg masyarakat prejudis dengan hospital kerajaan..nak layanan istimewa, selesa dan cepat, pergi aje hospital swasta yang kosong...then keluar duit banyak2...jangan komplen pasal hospital kerajaan yang hanya kenakan bayaran seringgit kat korang.

benci? dibenci?

Kenapa anda dibenci? adakah kerana anda cantik? anda buruk? anda minoriti? anda tua? anda miskin? anda gemuk? anda sombong? anda tiada kawan? anda pandai?..oh..this list goes on and on and on, and is endless as well...

The simple truth is people don't hate you, it is you who hates yourself. Konsepnya mudah sahaja..think about this..as the saying goes you get back what you give or you reap what you sow. Logik la kan..bagaimana seseorang yang ceria, sihat, baik hati boleh dibenci orang? Tidak mungkin kan? Jadi..persoalan kenapa orang membenci kita tidak timbul, tetapi kita sepatutnya mempersoalkan, kenapa kita membuat orang benci kepada kita dan mengapa kita membenci diri kita?

The answer to this question doesn't require that you lie upon a couch and give a minute by minute dissertation on your life story..muhasabah diri sendiri bukanlah sesuatu yang susah..from this point onward you and only you are responsible for your life and how you feel about it. It does require that you do some inside work on yourself, on your mental attitude. How you see yourself is a direct reflection on who and what will show up in your life.

We cannot control others, but we can control ourselves..maybe selepas muhasabah diri, kita dapat tahu kelemahan kita..

p/s - saya tahu kelemahan saya...maafkan saya di atas kelemahan saya...

luv this

ah..dunno why..when I took this picture using Alina's camera..never thought the result would be this beautiful..dunno what others think..but I just love this picture..hehe...Im having my own good time...*yes2...go ahead kam...praise yourself...*