Israel-Palestine Conflict part 2

Pada tahun 1967, perang enam hari telah membolehkan Israel merampas lebih banyak kawasan Palestine. Seterusnya, tentera Israel berjaya melancarkan "surprise attack" ke atas tentera Mesir, menyebabkan West Bank dan Gaza berjaya ditawan. Berdasarkan undang-undang antarabangsa, sesebuah kawasan tidah boleh dimiliki memalui perang, maka secara jelas kawasan yang ditawan Israel ini bukan milik mereka. Malah, sebahagian kawasan yang ditawan Israel adalah milik Syria dan Mesir.

Begitulah secara ringkasnya rentetan peristiwa yang berlaku di Palestin, yang menyebabkan konflik itu berterusan sehingga hari ini.




Israel-Palestine Conflict part 1

Ramai umat islam hari ini sedia maklum tentang apa yang berlaku antara Palestin dan Israel. Kita menentang sekeras-kerasnya apa yang dilakukan Israel kepada Palestin. Namun satu perkara yang jelas, ramai yang tidak tahu asal usul permulaan konflik ini.

Pada akhir 1800-an, kumpulan ekstrimis yahudi yang berasal dari eropah yang dikenali sebagai Zionist , tiba di Palestin bagi menduduki kawasan ini. Zionist adalah puak minoriti di kalangan orang Yahudi. Misi mereka adalah mudah; untuk mencari ibu negara untuk orang Yahudi. Beberapa kawasan telah diambil kira seperti Afrika dan Amerika, namun Palestin yang menjadi pilihan.

Pada awalnya tiada masalah yang timbul, namun apabila semakin ramai Zionist yang berpindah ke Palestin, idea untuk menjadikan Palestin sebagai ibu negara mereka semakin memuncak. Kebencian dan keganasan Hitler terhadap masyarakat yahudi turut menambah populasi yahudi di Palestin. Di situlah konflik bermula.

Pada tahun 1947, United Nation memilih untuk campur tangan dalam konflik ini. Tekanan yang hebat daripada Zionist memaksa UN mencadangkan 55% kawasan Palestin diberikan kepada Yahudi, walaupun dengan fakta bahawa kumpulan yahudi ini hanya mempunyai populasi sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan populasi di Palestin.

Perang pada tahun 1947-1949 perang yang tercetus antara Israel dan negara-negara arab menambahkan lagi luas kawasan yang dijajah israel kepada 78% kawasan Palestin. Tiga per empat juta rakyat Palestin menjadi pelarian, lebih 500 bandar dan desa ditawan, dan peta baru diwujudkan Israel. Setiap bandar, kampung, dan sungai menerima nama baru dalam bahasa Hebrew. Israel mahu menghapuskan semua budaya warisan Palestin. Selama beberapa abad Israel telah menafikan kewujudan populasi Palestin ini, seperti yang didakwa bekas perdana menteri Israel, Golda Meir: "“There is no such thing as a Palestinian.”

-tamat part 1-