Pemuda buta huruf mengajar...

Hidup di dunia yang serba canggih dan moden ini, tidak mungkin kita mampu mengharunginya tanpa ilmu yang penuh di dada, bahkan kita mungkin mengeji orang yang tidak berpendidikan. Namun, jangan sesekali kita mengeji orang yang tidak berpendidikan kerana itu adalah satu perbuatan yang boleh dikatakan sebagai kufur nikmat...

Pada suatu masa dahulu, seorang pemuda yang buta huruf sudah membuktikan bahawa menjadi buta huruf bukanlah penghalang untuk beliau menjadi berjaya. Beliau berjaya mengubah dunia, beliau berjaya menyatukan manusia, beliau berjaya menyucikan manusia..Beliau adalah, tidak lain dan tidak bukan Rasulullah S.A.W kita yang tercinta.

Namun, Nabi Muhammad S.A.W tidak mampu berjaya hanya kerana kebolehannya semata-mata. Di dalam surah Al-Jumaah ayat 2, ayat ini mengatakan Nabi Muhammad, seorang yang buta huruf dapat menyucikan, membacakan ayat-ayat al-quran dan mengajar manusia tentang perihal al-quran. Bagaimana seorang yang buta huruf mampu melakukan semua ini? salah satu jawapannya adalah Iqra, iaitu membaca..dan yang paling penting, adalah menjaga hubungannya dengan Allah S.W.T. Tanpa bantuan Allah, insan semulia Nabi Muahmmad S.A.W pun tidak mampu berjaya.

Maka, disini saya ingin menegaskan,betapa pentingnya menjaga hubungan dengan Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Kita jangan sesekali lupa bahawa Allah mampu melakukan apa yang dia mahu. Jangan ingat jika kita kaya dan hidup dalam kemewahan, kita akan kekal selama-lamanya seperti itu. Bagi yang kurang bernasib baik, jika anda sentiasa hidup diselubungi kemiskinan dan kesusahan, jangan gusar kerana anda tidak mungkin akan berada dalam keadaan sedemikian selama-lamanya. Apa yang penting...kerjasama...eh..tu wonderpets punya tagline..haha...yang penting, kita berusaha..dan menjaga hubungan kita dengan Allah...

p/s... saya buat post ni sambil tengok practice drama Cendra..so ada salah apa-apa..minta maaf la.. =)

0 comments:

Post a Comment