orang kaya merendah diri? orang miskin bagaimana?

Beberapa hari yang lepas, kawan saya ada mengatakan, apabila kita menjadi orang kaya, kita tidak seharusnya sombong, tetapi sepatutnya bersikap merendah diri..tapi, persoalan yang timbul..apa pula yang harus dilakukan orang yang kurang berkemampuan..menjatuhkan martabat diri? yela..orang selalu kata orang kaya kena merendah diri..bagaimana pula dengan orang yang kurang berkemampuan ataupun miskin? apakah mereka harus merendahkan lagi diri mereka yang boleh dikatakan tidak mempunyai apa-apa? sebenarnya...konsep yang diguna pakai (orang kaya harus merendah diri) adalah salah, terutamanya jika anda orang islam..kerana jika anda percaya kepada agama, soal merendah diri tidak akan timbul..kerana islam menekankan kesamarataan..atau pun setiap manusia adalah sama disisi tuhan..harta yang ada adalah kurniaan tuhan, bergantung kepada rezeki masing-masing..orang kaya harus membantu orang miskin, dan orang miskin berkerjasama..itu adalah konsep paling mudah untuk menjelaskan maksud sebenar ajaran yang islam tekankan..tapi, konsep ini tidak digunapakai oleh kebanyakkan orang islam melayu yang berkemampuan..kerana jelas harini, kebanyakkan orang melayu yang pandai2 mengkategorikan mereka golongan atasan, memandang hina bangsa sendiri yang kurang berkemampuan..dan hanya sibuk menjaga status masing2..sungguh menyedihkan..

read more at my blog http://www.kimilaren.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment