Bahasa Malaysia? English?

Malam tadi aku tengok tv..tukar siaran macam2..sampailah siaran RTM, dan membuatkan aku tertarik..yela, ada program pidato antarabangsa..dan disertai oleh perlbagai bangsa dari seluruh negara, yang aku ingat, Australia, Holland, Ukraine..China..mereka semua bercakap bahasa melaysia elok la..mengalahkan sesetengah orang melayu yang x sedar diri nak cakap bahasa orang lain walhal bahasa ibunda sendiri berterabur..dan pada penghujung rancangan tu, TPM Najib menyampaikan trofi kat peserta2 tu..aku pn terfikir..dia ni x rasa malu ke kerana dia dan "team" dia berkeras nak teruskan PPSMI..sedangkan orang luar belajar bahasa melayu, negara kita mengurangkan penggunaan bahasa melayu..apakah orang Malaysia terlalu benak untuk mempelajari "english" sehingga PPSMI perlu diperkenalkan? parti yang "membela" bangsa melayu pun menggunakan nama dalam bahasa inggeris..pada namanya pun kita boleh nampak tidak serupa bikin...membela melayu, tapi nama parti dalam bahasa inggeris..kenapa tak guna je bahasa melaysia? malu ke? bahasa malaysia tiada standard ke?..banyak je orang boleh pandai "english" tanpa PPSMI ni..kaum Cina dan India masing2 ada sekolah aliran mereka yang mengajarkan bahasa ibunda mereka..tapi kenapa bangsa Melayu tiada ? Bak kata Tun Dr Mahathir..melayu mudah lupa...

0 comments:

Post a Comment