Politik..Politic..Prudente,,Politico..

Pilihanraya Manek Urai semakin hampir, dan seperti yang dijangkakan..PAS dan UMNO saling menyerang antara satu sama lain-senario politik Malaysia..biasalah. UMNO seperti biasa, menggunakan segala jentera mereka untuk berkempen, bukan setakat pemuda dan puteri mereka, tv, radio dan surat khabar semua habis digunakan bagi menghentam PAS. Ketika menonton buletin utama semalam, saya hairan mendengar janji yang dibuat oleh TPM kita kepada pengundi-pengundi di Manek Urai..menurut beliau, pengundi-pengundi di Manek Urai akan mendapat jambatan baru jika dan hanya jika calon UMNO yang memenangi kerusi di kawasan itu.

Wah, menarik ya tawaran itu..jika hendakkan jambatan baru, mereka kena mengundi UMNO..kenapa mesti undi UMNO baru boleh dapat jambatan? Adakah salah jika mereka memilih sebaliknya dan sebagai hukuman, mereka tidak layak menerima jambatan baru hanya kerana mereka memilih untuk mengundi parti lawan? Apakah yang bermain di fikiran beliau ketika membuat janji yang jelas berbaur rasuah ( mengambil kira jambatan itu adalah ganjaran kepada penduduk Manek Urai )..apakah patut kita mendiskriminasi penduduk di sesuatu kawasan hanya kerana mereka berbeza pandangan politik..

Jika itu yang diamalkan BN..maka tak salah sekiranya seorang DOKTOR..katakan menyokong parti politik A..dan seorang pesakit yang menyokong parti B..katakan pesakit ini sudah tenat, nyawa-nyawa ikan..adakah logik doktor ini memilih untuk membiarkan pesakit ini mati hanya kerana si pesakit menyokong parti lawannya..seorang polis membiarkan jenayah berlaku di depan mata kerana mangsa adalah penyokong anti-kerajaan..pihak bomba memutuskan untuk berdiam diri sekiranya pejabat urusan parti politik pembangkang terbakar..ini semua adalah contoh, analogi konsep yang diguna pakai oleh BN kepada pengundi di Manek Urai..

Jika hendak membantu, ikhlas sahajalah..kenapa mesti ada syarat? memang sama macam ayat George W Bush..

"if you're not with me, you're my enemy"

0 comments:

Post a Comment