Boys can't stand makeup..oh yes! In fact, it seems they can't complain about it enough. Sure, we all like pretty girls, but we boys also have a problem with a face that looks full-on painted..and what looks painted to a guy is far less than what you might think.. Why do girls think they need to have so much crap on their faces?...Girls at my university wear all this black crap on their eyes, and their lips are, like, thick with red and brown lipstick. It's ugly! Do they really think that will get them a guy??
Okay..have to admit it..not all girls apply makeup to get them a guy,but..still, it's true that lots of girls get all dolled up so they'll be attractive to the opposite sex.
p/s anyway girls..the makeup thing,it's more fun than anything..right girls? :)
Menghabiskan masa "berurusan" dengan encik bacteria bernama Vibrio
Sp sangat menjijikkan..
Bukan sahaja busuk macam air longkang, berbahaya pulak tu..
Selepas sedikit sample Vibrio sp berjaya menitik ke atas slide kaca, selebihnya dibakar menggunakan bunsen burner..padan muka..haha
Sedih semasa melayari facebook tadi..ada satu group di laman facebook yang menentang serangan ke atas gereja-gereja di sekitar Malaysia. Sebagai seorang Islam, aku menyokong apa yang mereka khendaki, cuma rasa sedih apabila laman tersebut turut menjadi tempat mengutuk Islam..salah seorang ahlinya (link : http://www.facebook.com/photo.php?pid=193999&op=1&o=global&view=global&subj=259399692440&id=100000081762385&fbid=107111999301525 ) mengutuk agama rasmi Malaysia secara terang-terangan.. ( http://www.facebook.com/profile.php?id=1815624576 )..
jadi ini mesej kepada penyerang-penyerang gereja..andai kata anda anda menyerang gereja kononnya mahu membela "penggunaan perkataan Allah".. anda telah menjadi agama suci islam menjadi bahan cercaan..celaka anda!
People might eat oats when there're hungry..but hey..guess what? People from Hungary don't eat oats!
Gunting dicipta oleh Leonardo Da Vinci!
Men’s shirts have the buttons on the right, but women’s shirts have the buttons on the left!
Madu senang dihadam oleh perut manusia, tetapi yang membuatkan ianya senang dihadam ialah kerana madu sudah dihadam oleh lebah terlebih dahulu..sweet!
The only time you were wrong is when you thought you were wrong.
Azra guna minyak pengasih ke..dia berjaya memujuk aku menceritakan kisah2 merepek yang tiada siapa tahu kecuali dia...hahahaha..azra....azra...

Thanks to NurJaidaa for this birthday present..
:)
Balik dari London..rasa Malaysia kurang best..balik dar France..rasa Malaysia kurang best..balik dari Brunei rasa lebih kurang je..balik dari India...wohoooooooooooooooooooo!! best gila...haha..12 hari yang tertekan di India..berbeza sangat dari Malaysia dari segala segi...selama ni rasa Malaysia macam tak best sangat je..tuhan membuatkan aku ke India untuk menyedarkan aku betapa senang dan aman hidup di Malaysia..betapa bagus sebenarnya taraf hidup di Malaysia..miskin orang Malaysia tidak semiskin rakyat India..kotor pasar Malaysia tidak sekotor pasar di India..malahan boleh dikatakan pasar borong Selayang "bersih" berbanding pasar yang aku pergi di India..haha..traffic..tak payah cakap..gila dan biadap..itu aje..
so..sekarang dah balik Malaysia..aku dah jadi seorang warga Malaysia yang lebih baik..
love you so much Malaysia...haha :)
Orang Indonesia menghentam Malaysia, orang Malaysia menghentam orang Indonesia..bila akan selsesai?
1. Ramai rakyat Malaysia mengatakan orang Indonesia tidak "educated" kerana mereka marah kepada Malaysia hanya kerana tarian Pendet. Bagi orang yang selalu mengambil tahu perihal antarabangsa hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia pasti mengetahui, itu hanyalah salah satu penyebab kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Rakyat Malaysia silap dengan isu tarian Pendet itu.
2. Pelbagai konfrantasi telah berlaku antara Indonesia-Malaysia, walaupun kita hidup berjiran. Siapa boleh lupa peristiwa konfrantasi dengan Indonesia yang ketika itu dipimpin Soekarno. Beliau melancar kempen "ganyang Malaysia" bagi menghalang pembentukan Malaysia. Antara isu yang turut membuat rakyat Indonesia benci kepada Malaysia adalah perebutan kawasan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di antara Malaysia dan Indonesia. Perebutan kawasan ini berlaku atas beberapa faktor. Malaysia memenangi tuntutan ke atas kedua-dua pulau ini melalui International Court Justice (ICJ) pada tahun 2002..
3. Selain isu yang dinyatakan di atas, saya amat percaya, dan yakin 100% punca sebenar kemarahan segelintir rakyat Indonesia kepada Malaysia adalah kerana sikap bodoh, kurang ajar dan biadab rakyat Malaysia sendiri terhadap pembantu rumah dan pekerja dari Indonesia. Usah dinafikan ketidakadilan segelintir rakyat Malaysia yang terlalu ego, seolah-olah mereka lebih bagus daripada rakyat Indonesia..siapa yang mengiktiraf taraf mereka?
4. Kita (merujuk kepada orang melayu) melayan orang India dan Cina sebagai kawan, menghormati mereka, dan memenuhi permintaan mereka, malahan menerima mereka sebagai rakyat di Tanah Melayu ini..namun kenapa kita melayan orang Indonesia seperti anjing? Kenapa kita mendera amah-amah ini? kenapa kita mengusir pekerja indonesia ini sedangkan mereka menyumbang kepada pembangunan negara ini? gaji yang dibayar juga murah..tidak sepadan dengan keringat yang mereka curahkan...usai projek mega disiapkan, mereka dihalau balik dengan alasan mereka bekerja tanpa permit..
5. Mengapa kita berusaha menjelaskan kepada kerajaan negara India terhadap isu Hindraf? Mengapa kerajaan Malaysia bersusah payah meminta maaf dengan kerajaan China terhadap isu seorang tahanan wanita yang dibogelkan di lokap ( akhirnya kisah terbongkar, wanita ini adalah warga Malaysia sahaja)..namun apa yang dilakukan oleh Malaysia kepada kerajaan Indonesia terhadap isu-isu penderaan dan pembunuhan rakyat mereka di negara ini?
6. Terbaru, seorang amah ditemui separuh pengsan di dalam bilik air, dan meninggal dunia beberapa hari selepas dimasukkan ke dalam ICU, dipercayai didera oleh seorang rakyat Malaysia berbangsa India. Satu masa dahulu, cerita Nirmala Bonat yang menjadi perhatian media kerana didera teruk oleh seorang rakyat malaysia berbangsa Cina..ini hanyalah beberapa kisah yang diceritakan media. Kita juga tahu ramai pembantu Indonesia beragama Islam yang berkerja dengan majikan bukan islam yang terpaksa bergelumang dengan anjing dan terpaksa menelan daging babi kerana itulah menu yang perlu disediakan oleh mereka kepada majikan mereka..
7. Meskipun mereka adalah orang Indonesia, mereka adalah orang Melayu, orang Islam..kenapa kita melayan mereka dengan "double standard"? usahlah mengungkit yang bahawa segeintir dari mereka yang datang ke sini menjadi pencuri, pembunuh, kerana rakyat Malaysia sama sahaja..Adakah semua rompakan dan pembunuhan yang berlaku di Malaysia adalah angkara orang Indonesia?
8. Rakyat Malaysia (khasnya orang Melayu) seharusnya sedar Malaysia dan Indonesia adalah berjiran, satu bangsa dan satu agama. Sudah sampai masa kita mewujudkan undang-undang yang dapat menjatuhkan hukuman berat terhadap rakyat Malaysia yang mendera amah-amah ini..nasib mereka harus dibela..dan secara peribadi saya percaya orang Malaysia bukan beragama islam sepatutnya dilarang sama sekali mengambil pembantu rumah warga Indonesia yang beragama Islam kerana terang lagi bersuluh, mereka selalu ditidakkan hak mereka sebagai orang islam sekiranya bekerja dengan majikan bukan islam..mungkin pembantu rumah warga Filipina boleh dijadikan pengganti..
9. Jadi rakyat Malaysia seharusnya sedar rakyat Indonesia bukanlah bodoh sangat untuk berpiket menentang Malaysia hanya kerana tarian Pendet..