malaysia vs indonesia

Orang Indonesia menghentam Malaysia, orang Malaysia menghentam orang Indonesia..bila akan selsesai?

1. Ramai rakyat Malaysia mengatakan orang Indonesia tidak "educated" kerana mereka marah kepada Malaysia hanya kerana tarian Pendet. Bagi orang yang selalu mengambil tahu perihal antarabangsa hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia pasti mengetahui, itu hanyalah salah satu penyebab kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Rakyat Malaysia silap dengan isu tarian Pendet itu.

2. Pelbagai konfrantasi telah berlaku antara Indonesia-Malaysia, walaupun kita hidup berjiran. Siapa boleh lupa peristiwa konfrantasi dengan Indonesia yang ketika itu dipimpin Soekarno. Beliau melancar kempen "ganyang Malaysia" bagi menghalang pembentukan Malaysia. Antara isu yang turut membuat rakyat Indonesia benci kepada Malaysia adalah perebutan kawasan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di antara Malaysia dan Indonesia. Perebutan kawasan ini berlaku atas beberapa faktor. Malaysia memenangi tuntutan ke atas kedua-dua pulau ini melalui International Court Justice (ICJ) pada tahun 2002..

3. Selain isu yang dinyatakan di atas, saya amat percaya, dan yakin 100% punca sebenar kemarahan segelintir rakyat Indonesia kepada Malaysia adalah kerana sikap bodoh, kurang ajar dan biadab rakyat Malaysia sendiri terhadap pembantu rumah dan pekerja dari Indonesia. Usah dinafikan ketidakadilan segelintir rakyat Malaysia yang terlalu ego, seolah-olah mereka lebih bagus daripada rakyat Indonesia..siapa yang mengiktiraf taraf mereka?

4. Kita (merujuk kepada orang melayu) melayan orang India dan Cina sebagai kawan, menghormati mereka, dan memenuhi permintaan mereka, malahan menerima mereka sebagai rakyat di Tanah Melayu ini..namun kenapa kita melayan orang Indonesia seperti anjing? Kenapa kita mendera amah-amah ini? kenapa kita mengusir pekerja indonesia ini sedangkan mereka menyumbang kepada pembangunan negara ini? gaji yang dibayar juga murah..tidak sepadan dengan keringat yang mereka curahkan...usai projek mega disiapkan, mereka dihalau balik dengan alasan mereka bekerja tanpa permit..

5. Mengapa kita berusaha menjelaskan kepada kerajaan negara India terhadap isu Hindraf? Mengapa kerajaan Malaysia bersusah payah meminta maaf dengan kerajaan China terhadap isu seorang tahanan wanita yang dibogelkan di lokap ( akhirnya kisah terbongkar, wanita ini adalah warga Malaysia sahaja)..namun apa yang dilakukan oleh Malaysia kepada kerajaan Indonesia terhadap isu-isu penderaan dan pembunuhan rakyat mereka di negara ini?

6. Terbaru, seorang amah ditemui separuh pengsan di dalam bilik air, dan meninggal dunia beberapa hari selepas dimasukkan ke dalam ICU, dipercayai didera oleh seorang rakyat Malaysia berbangsa India. Satu masa dahulu, cerita Nirmala Bonat yang menjadi perhatian media kerana didera teruk oleh seorang rakyat malaysia berbangsa Cina..ini hanyalah beberapa kisah yang diceritakan media. Kita juga tahu ramai pembantu Indonesia beragama Islam yang berkerja dengan majikan bukan islam yang terpaksa bergelumang dengan anjing dan terpaksa menelan daging babi kerana itulah menu yang perlu disediakan oleh mereka kepada majikan mereka..

7. Meskipun mereka adalah orang Indonesia, mereka adalah orang Melayu, orang Islam..kenapa kita melayan mereka dengan "double standard"? usahlah mengungkit yang bahawa segeintir dari mereka yang datang ke sini menjadi pencuri, pembunuh, kerana rakyat Malaysia sama sahaja..Adakah semua rompakan dan pembunuhan yang berlaku di Malaysia adalah angkara orang Indonesia?

8. Rakyat Malaysia (khasnya orang Melayu) seharusnya sedar Malaysia dan Indonesia adalah berjiran, satu bangsa dan satu agama. Sudah sampai masa kita mewujudkan undang-undang yang dapat menjatuhkan hukuman berat terhadap rakyat Malaysia yang mendera amah-amah ini..nasib mereka harus dibela..dan secara peribadi saya percaya orang Malaysia bukan beragama islam sepatutnya dilarang sama sekali mengambil pembantu rumah warga Indonesia yang beragama Islam kerana terang lagi bersuluh, mereka selalu ditidakkan hak mereka sebagai orang islam sekiranya bekerja dengan majikan bukan islam..mungkin pembantu rumah warga Filipina boleh dijadikan pengganti..

9. Jadi rakyat Malaysia seharusnya sedar rakyat Indonesia bukanlah bodoh sangat untuk berpiket menentang Malaysia hanya kerana tarian Pendet..

0 comments:

Post a Comment