Hobi Fotografi

Ok dah lama tak update blog sebab aku busy dengan photoblog since kat situ ramai orang yang appreciate photography..kalau post kat blog sendiri orang selalu buat tak tahu je..hehe, anyway apa khabar semua? harap sihat la..hehe

anyway nak cakap pasal hobi fotografi..rasanya ramai orang yang minat, tapi tak ramai yang betul-betul pakar. Aku jumpa ramai orang yang memiliki DSLR, tapi asyik guna setting auto je, baik dia pkai camera phone je kan? maybe just nak berlagak sebab mampu beli DSLR, tapi kebenarannya, mereka tak tahu menggunakan DSLR..infact aku sure ramai tak tahu ape maksud DSLR,,haha

So DSLR.. sangat menarik actually bila ada DSLR camera (kalau tahu guna)..memang boleh jadi kreatif habis..haha.. Currently aku guna Nikon D5000, boleh dikatakan mid range level DSLR la..nak guna D90, D700 aku bukan professional photographer..haha, D3000,D3100 basic sangat..so end up beli D5000 dengan harga rm2700..and yes, bila dah beli tak cukup, kena tambah barang lagi..kena beli nissin speedlite yang harga around rm500, pastu beli lens hood yang harga around rm90, pastu beli lagi polarize filter rm299..beli tripod rm300..beli new memmory card rm80..so harga basic camera dah dekat rm3000, tambah lagi accessory dah dekat rm2000..so at least kena ada around rm5000..

Mahal kan hobi ni? :D

Exora Hybrid Spotted



Man this is exiting..you can see the livery had a big ‘hybrid" word.So finally Exora Hybrid is ready for production eh? This picture was taken by me at Parcel E Putrajaya last Friday..well, if you see the front lips, it was taken from the new Exora MC version, but the rims is taken from the old Exora..one thing that is obvious, the engine sounds weird, like......spinning washing machine I guess..haha



p/s wanted to share this on http://paultan.org/ but I'm not able to contact them..

Israel-Palestine Conflict part 2

Pada tahun 1967, perang enam hari telah membolehkan Israel merampas lebih banyak kawasan Palestine. Seterusnya, tentera Israel berjaya melancarkan "surprise attack" ke atas tentera Mesir, menyebabkan West Bank dan Gaza berjaya ditawan. Berdasarkan undang-undang antarabangsa, sesebuah kawasan tidah boleh dimiliki memalui perang, maka secara jelas kawasan yang ditawan Israel ini bukan milik mereka. Malah, sebahagian kawasan yang ditawan Israel adalah milik Syria dan Mesir.

Begitulah secara ringkasnya rentetan peristiwa yang berlaku di Palestin, yang menyebabkan konflik itu berterusan sehingga hari ini.




Israel-Palestine Conflict part 1

Ramai umat islam hari ini sedia maklum tentang apa yang berlaku antara Palestin dan Israel. Kita menentang sekeras-kerasnya apa yang dilakukan Israel kepada Palestin. Namun satu perkara yang jelas, ramai yang tidak tahu asal usul permulaan konflik ini.

Pada akhir 1800-an, kumpulan ekstrimis yahudi yang berasal dari eropah yang dikenali sebagai Zionist , tiba di Palestin bagi menduduki kawasan ini. Zionist adalah puak minoriti di kalangan orang Yahudi. Misi mereka adalah mudah; untuk mencari ibu negara untuk orang Yahudi. Beberapa kawasan telah diambil kira seperti Afrika dan Amerika, namun Palestin yang menjadi pilihan.

Pada awalnya tiada masalah yang timbul, namun apabila semakin ramai Zionist yang berpindah ke Palestin, idea untuk menjadikan Palestin sebagai ibu negara mereka semakin memuncak. Kebencian dan keganasan Hitler terhadap masyarakat yahudi turut menambah populasi yahudi di Palestin. Di situlah konflik bermula.

Pada tahun 1947, United Nation memilih untuk campur tangan dalam konflik ini. Tekanan yang hebat daripada Zionist memaksa UN mencadangkan 55% kawasan Palestin diberikan kepada Yahudi, walaupun dengan fakta bahawa kumpulan yahudi ini hanya mempunyai populasi sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan populasi di Palestin.

Perang pada tahun 1947-1949 perang yang tercetus antara Israel dan negara-negara arab menambahkan lagi luas kawasan yang dijajah israel kepada 78% kawasan Palestin. Tiga per empat juta rakyat Palestin menjadi pelarian, lebih 500 bandar dan desa ditawan, dan peta baru diwujudkan Israel. Setiap bandar, kampung, dan sungai menerima nama baru dalam bahasa Hebrew. Israel mahu menghapuskan semua budaya warisan Palestin. Selama beberapa abad Israel telah menafikan kewujudan populasi Palestin ini, seperti yang didakwa bekas perdana menteri Israel, Golda Meir: "“There is no such thing as a Palestinian.”

-tamat part 1-


damn you!

When you attack Black people, they call it racism. When you attack Jewish people, they call it antisemitism. When you attack women, they call it sexism. When you attack homosexuality, they call it intolerance. When you attack a country, they call it treason. When you attack a religious sect, they call it hate. But when they attack the Prophet Muhammad, they call it freedom of speech!!

:) :) :)

ok suddenly aku bersemangat nak menulis di dalam blog ini..

semuanya gara-gara Hafiza Alisa..hehe

Anyway sekarang pukul 1.45 pm...pukul 2 ada kelas microbiology..

Eh..bukan microbe..tapi chemistry..

So nampaknya usaha murni ini terpaksa ditangguhkan dulu..

Haha =p

Toodles~!

Just so you know now...

Boys can't stand makeup..oh yes! In fact, it seems they can't complain about it enough. Sure, we all like pretty girls, but we boys also have a problem with a face that looks full-on painted..and what looks painted to a guy is far less than what you might think..

Why do girls think they need to have so much crap on their faces?...Girls at my university wear all this black crap on their eyes, and their lips are, like, thick with red and brown lipstick. It's ugly! Do they really think that will get them a guy??

Okay..have to admit it..not all girls apply makeup to get them a guy,but..still, it's true that lots of girls get all dolled up so they'll be attractive to the opposite sex.


p/s anyway girls..the makeup thing,it's more fun than anything..right girls? :)

Dahulu :(

Anda tahu semua orang bercakap tentang masa dahulu..
Setiap orang..masa dahulu..masa dahulu..
Jadi mari berbicara tentang masa dahulu..
Apabila terfikikir tentangnya..dan seteruk yang kita fikirkan..
Hari ini bakal menjadi "masa dahulu" bagi generasi akan datang..
Tetapi apa kata kita cuba mengingati..
Masa dahulu..
Di mana semuanya perlahan..
Cuba ingati..
Dan jika anda mengingati..
Ikut..
Semuanya yang berlalu pada masa lalu kelihatan lebih baik..
Kita lihat kembali dan kita terfikir..
Cuacanya lebih nyaman..
Rumputnya lebih hijau..
Langitnya lebih biru..
Dan senyuman lebih ceria..
Jika kita ada peluang untuk melakukannya sekali lagi..
Beritahu saya..
Adakah kita mampu..

-kamarul-


VIbrio Sp Strain Ex 25

Menghabiskan masa "berurusan" dengan encik bacteria bernama Vibrio Sp sangat menjijikkan..

Bukan sahaja busuk macam air longkang, berbahaya pulak tu..

Selepas sedikit sample Vibrio sp berjaya menitik ke atas slide kaca, selebihnya dibakar menggunakan bunsen burner..padan muka..haha

The word "Allah"

Sedih semasa melayari facebook tadi..ada satu group di laman facebook yang menentang serangan ke atas gereja-gereja di sekitar Malaysia. Sebagai seorang Islam, aku menyokong apa yang mereka khendaki, cuma rasa sedih apabila laman tersebut turut menjadi tempat mengutuk Islam..salah seorang ahlinya (link : http://www.facebook.com/photo.php?pid=193999&op=1&o=global&view=global&subj=259399692440&id=100000081762385&fbid=107111999301525 ) mengutuk agama rasmi Malaysia secara terang-terangan.. ( http://www.facebook.com/profile.php?id=1815624576 )..

jadi ini mesej kepada penyerang-penyerang gereja..andai kata anda anda menyerang gereja kononnya mahu membela "penggunaan perkataan Allah".. anda telah menjadi agama suci islam menjadi bahan cercaan..celaka anda!

Just being random

People might eat oats when there're hungry..but hey..guess what? People from Hungary don't eat oats!

Gunting dicipta oleh Leonardo Da Vinci!

Men’s shirts have the buttons on the right, but women’s shirts have the buttons on the left!

Madu senang dihadam oleh perut manusia, tetapi yang membuatkan ianya senang dihadam ialah kerana madu sudah dihadam oleh lebah terlebih dahulu..sweet!

The only time you were wrong is when you thought you were wrong.
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

??

Azra guna minyak pengasih ke..dia berjaya memujuk aku menceritakan kisah2 merepek yang tiada siapa tahu kecuali dia...hahahaha..azra....azra...

Thanks to NurJaidaa for this birthday present..

:)

Pulang ke Malaysia tak pernah sebegini bagus..

Balik dari London..rasa Malaysia kurang best..balik dar France..rasa Malaysia kurang best..balik dari Brunei rasa lebih kurang je..balik dari India...wohoooooooooooooooooooo!! best gila...haha..12 hari yang tertekan di India..berbeza sangat dari Malaysia dari segala segi...selama ni rasa Malaysia macam tak best sangat je..tuhan membuatkan aku ke India untuk menyedarkan aku betapa senang dan aman hidup di Malaysia..betapa bagus sebenarnya taraf hidup di Malaysia..miskin orang Malaysia tidak semiskin rakyat India..kotor pasar Malaysia tidak sekotor pasar di India..malahan boleh dikatakan pasar borong Selayang "bersih" berbanding pasar yang aku pergi di India..haha..traffic..tak payah cakap..gila dan biadap..itu aje..

so..sekarang dah balik Malaysia..aku dah jadi seorang warga Malaysia yang lebih baik..

love you so much Malaysia...haha :)

malaysia vs indonesia

Orang Indonesia menghentam Malaysia, orang Malaysia menghentam orang Indonesia..bila akan selsesai?

1. Ramai rakyat Malaysia mengatakan orang Indonesia tidak "educated" kerana mereka marah kepada Malaysia hanya kerana tarian Pendet. Bagi orang yang selalu mengambil tahu perihal antarabangsa hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia pasti mengetahui, itu hanyalah salah satu penyebab kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Rakyat Malaysia silap dengan isu tarian Pendet itu.

2. Pelbagai konfrantasi telah berlaku antara Indonesia-Malaysia, walaupun kita hidup berjiran. Siapa boleh lupa peristiwa konfrantasi dengan Indonesia yang ketika itu dipimpin Soekarno. Beliau melancar kempen "ganyang Malaysia" bagi menghalang pembentukan Malaysia. Antara isu yang turut membuat rakyat Indonesia benci kepada Malaysia adalah perebutan kawasan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di antara Malaysia dan Indonesia. Perebutan kawasan ini berlaku atas beberapa faktor. Malaysia memenangi tuntutan ke atas kedua-dua pulau ini melalui International Court Justice (ICJ) pada tahun 2002..

3. Selain isu yang dinyatakan di atas, saya amat percaya, dan yakin 100% punca sebenar kemarahan segelintir rakyat Indonesia kepada Malaysia adalah kerana sikap bodoh, kurang ajar dan biadab rakyat Malaysia sendiri terhadap pembantu rumah dan pekerja dari Indonesia. Usah dinafikan ketidakadilan segelintir rakyat Malaysia yang terlalu ego, seolah-olah mereka lebih bagus daripada rakyat Indonesia..siapa yang mengiktiraf taraf mereka?

4. Kita (merujuk kepada orang melayu) melayan orang India dan Cina sebagai kawan, menghormati mereka, dan memenuhi permintaan mereka, malahan menerima mereka sebagai rakyat di Tanah Melayu ini..namun kenapa kita melayan orang Indonesia seperti anjing? Kenapa kita mendera amah-amah ini? kenapa kita mengusir pekerja indonesia ini sedangkan mereka menyumbang kepada pembangunan negara ini? gaji yang dibayar juga murah..tidak sepadan dengan keringat yang mereka curahkan...usai projek mega disiapkan, mereka dihalau balik dengan alasan mereka bekerja tanpa permit..

5. Mengapa kita berusaha menjelaskan kepada kerajaan negara India terhadap isu Hindraf? Mengapa kerajaan Malaysia bersusah payah meminta maaf dengan kerajaan China terhadap isu seorang tahanan wanita yang dibogelkan di lokap ( akhirnya kisah terbongkar, wanita ini adalah warga Malaysia sahaja)..namun apa yang dilakukan oleh Malaysia kepada kerajaan Indonesia terhadap isu-isu penderaan dan pembunuhan rakyat mereka di negara ini?

6. Terbaru, seorang amah ditemui separuh pengsan di dalam bilik air, dan meninggal dunia beberapa hari selepas dimasukkan ke dalam ICU, dipercayai didera oleh seorang rakyat Malaysia berbangsa India. Satu masa dahulu, cerita Nirmala Bonat yang menjadi perhatian media kerana didera teruk oleh seorang rakyat malaysia berbangsa Cina..ini hanyalah beberapa kisah yang diceritakan media. Kita juga tahu ramai pembantu Indonesia beragama Islam yang berkerja dengan majikan bukan islam yang terpaksa bergelumang dengan anjing dan terpaksa menelan daging babi kerana itulah menu yang perlu disediakan oleh mereka kepada majikan mereka..

7. Meskipun mereka adalah orang Indonesia, mereka adalah orang Melayu, orang Islam..kenapa kita melayan mereka dengan "double standard"? usahlah mengungkit yang bahawa segeintir dari mereka yang datang ke sini menjadi pencuri, pembunuh, kerana rakyat Malaysia sama sahaja..Adakah semua rompakan dan pembunuhan yang berlaku di Malaysia adalah angkara orang Indonesia?

8. Rakyat Malaysia (khasnya orang Melayu) seharusnya sedar Malaysia dan Indonesia adalah berjiran, satu bangsa dan satu agama. Sudah sampai masa kita mewujudkan undang-undang yang dapat menjatuhkan hukuman berat terhadap rakyat Malaysia yang mendera amah-amah ini..nasib mereka harus dibela..dan secara peribadi saya percaya orang Malaysia bukan beragama islam sepatutnya dilarang sama sekali mengambil pembantu rumah warga Indonesia yang beragama Islam kerana terang lagi bersuluh, mereka selalu ditidakkan hak mereka sebagai orang islam sekiranya bekerja dengan majikan bukan islam..mungkin pembantu rumah warga Filipina boleh dijadikan pengganti..

9. Jadi rakyat Malaysia seharusnya sedar rakyat Indonesia bukanlah bodoh sangat untuk berpiket menentang Malaysia hanya kerana tarian Pendet..

:)

nampaknya blog aku diganggu oleh pihak tak bertanggungjawab..mereka mencaci tak tentu pasal di ruang chat..haha..alamat ip menunjukkan mereka berasal dari us..so aku terpaksa buat private blog ini agar menjaga tatatertib scumbag ini

C

Terlalui merindui teman-temanku di cucms...especially C.....................sangat merinduinya.... =(

hahaha..ade LCD 37" dalam bilikku..bestnya.. =p

Yeah mom! I'm cleaning my room!!!




Seems like the only thing that bachelors do are eat chips, sleeping and playing computer games. Cleaning is totally out of the question! But hey..think twice..look at my room..haha..If there’s one thing I’ve learned about girls..it’s that cleanliness is everything. There’s no way a girl is going to like you if your place looks like a pig-sty.. :)